Thursday, 13 February 2014

Hanya strategi kitar semula

Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding di Kajang dan memberi bayangan untuk merebut jawatan Presiden PKR dipercayai hanya strategi 'kitar semula' bagi mengaburi mata rakyat. Penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, strategi sedemikian sering digunakan Anwar agar dapat mengalih perhatian rakyat daripada memberi tumpuan terhadap kes mahkamah yang dihadapinya. Menurut beliau, Anwar merupakan...

Thursday, 30 January 2014

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina dari Ahli Parlimen Kuala Selangor dan ADUN Bukit Melawati

Dato Irmohizam Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan YB Jakiran Jacomah, ADUN Bukit Melawati mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua Kaum Cina di Kuala Selangor.  Gong Xi Fa Cai....

ADUN Melawati Sampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan

Bukit Rotan, 30 Jan - YB Jakiran Jacomah, Adun Bukit Melawati hari ini menyampaikan Sumbangan Khas Awal Persekolahan (RM100) daripada Kerajaan Persekutuan kepada penjaga di SJKT Ladang Selangor River Terima kasih kepada Guru Besar dan warga sekolah atas kejayaan program ini. Semoga bantuan tersebut bermanfaatkepada penerima . ...

ADUN Melawati Anjur Ceramah Maulidur Rasul

Kampung Sepakat, 30 Jan - JKKKP Kg. Sepakat bersama Pejabat ADUN Bukit Melawati menganjurkan ceramah Maulidur Rasul pada malam ini. Turut hadir adalah YB Jakiran Jacomah dan Pengerusi-Pengerusi JKKKP seluruh kawasan Dun Bukit Melawati. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Rosdi Long. ...

Wednesday, 29 January 2014

Majlis Pelancaran Bantuan Awal Persekolahan Kerajaan Malaysia

Kuala Selangor, 29 Jan - YB Dato' Irmohizam Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan YB Jakiran Jacomah (Adun Bukit Melawati) menyampaikan Sumbangan Bantuan Awal Persekolahan Kerajaan Malaysia kepada Guru-Guru Besar dan Pengetua di seluruh Parlimen Kuala Selangor. Majlis Pelancaran ini diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor pagi tadi. ...

Tuesday, 28 January 2014

YB Dato Amiruddin Setro Sampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan

Puncak Alam, 28 Jan - YB Dato Amiruddin Setro ADUN Jeram merasmikan dan menyampaikan Bantuan Khas awal Persekolahan (BKAP) 2014 di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam (2) ...

MB Selangor Umum Anwar Bertanding DUN Kajang

PETALING JAYA, 28 JAN - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), umum Menteri Besar hari ini. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu juga dipersetujui pimpinan parti Pakatan Rakyat (PR) yang dimaklumkan dalam satu mesyuarat awal pagi tadi. Katanya, dengan penyertaan Ketua Pembangkang Parlimen itu ke negeri Selangor mampu meneruskan kecemerlangan Kerajaan...

Monday, 20 January 2014

"Hang-Out 1.0" & Taklimat Pecahan Zon Pemuda UMNO Kuala Selangor Berjalan Lancar

Jeram, 19 Jan - Ketua-ketua Pemuda Cawangan dari Parlimen Kuala Selangor berkumpul di Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram dalam Program "Hang-Out 1.0" & Taklimat Pecahan Zon di sini, hari ini. Program ini merupakan program yang pertama mengumpulkan semua Ketua-ketua Pemuda di peringkat Cawangan dan Kepimpinan Pemuda di peringkat Bahagian di bawah satu bumbung selepas Pemilihan Parti yang lepas. Dalam kesempatan itu, Saudara Muhd...

Sunday, 19 January 2014

Usul Malaysia berhubung penyelesaian segera kemelut Palestin-Israel diterima sebulat suara - Irmohizam

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Usul Malaysia berhubung penyelesaian segera kemelut Palestin-Israel diterima sebulat suara oleh negara-negara anggota Persidangan Ahli-Ahli Parlimen Asia Pasifik di Mexico dari 12 hingga 16 Januari lalu. Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, Malaysia telah mengusulkan agar kewujudan negara dan kedaulatan negara Palestin disegerakan berdasarkan apa yang telah diputuskan oleh Majlis Keselamatan...

Wednesday, 15 January 2014

Sambutan Malidur Rasul Perwani Parlimen Kuala Selangor

Kuala Selangor, 14 Jan – PERWANI Parlimen Kuala Selangor mengadakan perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Dewan Dato’ Seri (Dr) Haji Abu Hassan Omar, Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor. Puteri UMNO Bahagian Kuala Selangor dan Persatuan belia juga menghantar wakil untuk menyertai perarakan tersebut. Turut hadir dalam program tersebut ialah YB Tuan Jakiran Jacomah, ADUN Bukit Melawati, Kepimpinan UMNO Bahagian, Kepimpinan...

PARLIMEN KUALA SELANGOR

BUKIT MELAWATI

IJOK

JERAM