Thursday 13 February 2014

Hanya strategi kitar semula


Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding di Kajang dan memberi bayangan untuk merebut jawatan Presiden PKR dipercayai hanya strategi 'kitar semula' bagi mengaburi mata rakyat.

Penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, strategi sedemikian sering digunakan Anwar agar dapat mengalih perhatian rakyat daripada memberi tumpuan terhadap kes mahkamah yang dihadapinya.

Menurut beliau, Anwar merupakan seorang ahli politik yang sedaya upaya akan cuba meloloskan diri daripada sebarang tindakan tanpa memikirkan soal rugi atau integriti.

"Beliau kini sebenarnya sedang panik apabila berdepan dengan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, jadi tindakan untuk bertanding itu juga sebagai usaha mempengaruhi keputusan mahkamah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 28 Januari lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan spekulasi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas penyandang kerusi kawasan itu, Lee Chin Cheh meletak jawatan.

Isnin lalu, penasihat PKR itu menerusi wawancara dengan sebuah portal membayangkan pula untuk bertanding merebut jawatan presiden dalam pemilihan parti, pada Mei depan.

Menurut Ahmad Atory, Anwar juga akan sedaya upaya mengeruhkan keadaan agar lebih ramai pihak membela beliau.

"Apa agenda atau objektif beliau bertanding di Kajang, adakah mahu memberi khidmat terbaik kepada pengundi kawasan itu, sudah tentu tidak melainkan mahu memenuhi agenda peribadinya.

"Saya berpendapat, sudah-sudahlah beliau cuba mempermainkan kuasa rakyat untuk kepentingan diri kerana harus diingat lama-kelamaan orang akan bosan dengan taktiknya," tegasnya.

Ujar beliau, langkah Anwar bertanding di DUN Kajang itu seperti 'mencemar duli' memandangkan beliau pernah memiliki jawatan tinggi dalam kerajaan termasuk memangku tugas Perdana Menteri ketika dipimpin Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Kenapa tiba-tiba nak bertanding di Kajang, maknanya memang ada yang tidak kena dengan mereka (pembangkang) ini," katanya.

Thursday 30 January 2014

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina dari Ahli Parlimen Kuala Selangor dan ADUN Bukit Melawati


Dato Irmohizam Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan YB Jakiran Jacomah, ADUN Bukit Melawati mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua Kaum Cina di Kuala Selangor. 

Gong Xi Fa Cai...

ADUN Melawati Sampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan


Bukit Rotan, 30 Jan - YB Jakiran Jacomah, Adun Bukit Melawati hari ini menyampaikan Sumbangan Khas Awal Persekolahan (RM100) daripada Kerajaan Persekutuan kepada penjaga di SJKT Ladang Selangor River

Terima kasih kepada Guru Besar dan warga sekolah atas kejayaan program ini. Semoga bantuan tersebut bermanfaatkepada penerima



.

ADUN Melawati Anjur Ceramah Maulidur Rasul



Kampung Sepakat, 30 Jan - JKKKP Kg. Sepakat bersama Pejabat ADUN Bukit Melawati menganjurkan ceramah Maulidur Rasul pada malam ini. Turut hadir adalah YB Jakiran Jacomah dan Pengerusi-Pengerusi JKKKP seluruh kawasan Dun Bukit Melawati.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Rosdi Long.




Wednesday 29 January 2014

Majlis Pelancaran Bantuan Awal Persekolahan Kerajaan Malaysia


Kuala Selangor, 29 Jan - YB Dato' Irmohizam Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan YB Jakiran Jacomah (Adun Bukit Melawati) menyampaikan Sumbangan Bantuan Awal Persekolahan Kerajaan Malaysia kepada Guru-Guru Besar dan Pengetua di seluruh Parlimen Kuala Selangor.

Majlis Pelancaran ini diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor pagi tadi.

Tuesday 28 January 2014

YB Dato Amiruddin Setro Sampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan


Puncak Alam, 28 Jan - YB Dato Amiruddin Setro ADUN Jeram merasmikan dan menyampaikan Bantuan Khas awal Persekolahan (BKAP) 2014 di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam (2)







MB Selangor Umum Anwar Bertanding DUN Kajang


PETALING JAYA, 28 JAN - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), umum Menteri Besar hari ini.


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu juga dipersetujui pimpinan parti Pakatan Rakyat (PR) yang dimaklumkan dalam satu mesyuarat awal pagi tadi.

Katanya, dengan penyertaan Ketua Pembangkang Parlimen itu ke negeri Selangor mampu meneruskan kecemerlangan Kerajaan Selangor.

“Ini adalah keputusan bersama bagi menjadikan Pakatan Rakyat lebih kuat.

“Jadi kita akan menumpukan sepenuh perhatian bagi memastikan kejayaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang,” kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid membuat pengumuman berkenaan dalam satu sidang media yang turut dihadiri Anwar serta Lim Kit Siang dan Salahuddin Ayub yang diadakan di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Sementara itu, Anwar pula sekali lagi menolak spekulasi bahawa beliau bakal menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

“Keputusan yang dicapai dalam Pakatan Rakyat ini memberi motivasi kepada saya untuk membantu meningkatkan kecemerlangan pentadbiran kerajaan Selangor,” kata Anwar.


Semalam, speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh mengumumkan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh daripada PKR.

Justeru, selaras dengan Fasal 5 Perkara 70 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi pada masa 60 hari dari tarikh kekosongan.

Dalam pilihan raya umum lalu, Lee sebagai calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas.

Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus.

Monday 20 January 2014

"Hang-Out 1.0" & Taklimat Pecahan Zon Pemuda UMNO Kuala Selangor Berjalan Lancar


Jeram, 19 Jan - Ketua-ketua Pemuda Cawangan dari Parlimen Kuala Selangor berkumpul di Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram dalam Program "Hang-Out 1.0" & Taklimat Pecahan Zon di sini, hari ini.

Program ini merupakan program yang pertama mengumpulkan semua Ketua-ketua Pemuda di peringkat Cawangan dan Kepimpinan Pemuda di peringkat Bahagian di bawah satu bumbung selepas Pemilihan Parti yang lepas.



Dalam kesempatan itu, Saudara Muhd Fauzay Hassim selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor telah menyampaikan taklimat tentang pecahan zon dan peranan Ketua-Ketua Zon yang telah dilantik.
Beliau juga berpesan agar pentas yang telah diberikan itu dijaga dengan sebaik-baiknya untuk menyatukan pemuda-pemuda dari semua peringkat supaya gerakan untuk mempertahankan Parlimen Kuala Selangor dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Dato' Irmohizam Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Tuan Haji Ishak Haron, Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor yang juga hadir dalam program tersebut turut memberikan ucapan tahniah dan kata-kata semangat kepada pemuda-pemuda. 

Sesi soal jawab turut diadakan untuk pemuda-pemuda mendapatkan maklumat terkini dari kedua-dua pemimpin tersebut.














Sunday 19 January 2014

Usul Malaysia berhubung penyelesaian segera kemelut Palestin-Israel diterima sebulat suara - Irmohizam



KUALA LUMPUR 18 Jan. - Usul Malaysia berhubung penyelesaian segera kemelut Palestin-Israel diterima sebulat suara oleh negara-negara anggota Persidangan Ahli-Ahli Parlimen Asia Pasifik di Mexico dari 12 hingga 16 Januari lalu.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, Malaysia telah mengusulkan agar kewujudan negara dan kedaulatan negara Palestin disegerakan berdasarkan apa yang telah diputuskan oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan resolusi Persidangan PBB.

"Malaysia telah meminta agar pertikaian sempadan Israel-Palestin dijadikan asas kepada kedamaian konflik serta mempercepatkan lagi kewujudan negara Palestin yang merdeka.

"Malaysia juga telah meminta agar segala elemen kekerasan dan penggunaan senjata memudaratkan dapat dihentikan dalam proses mempercepatkan perdamaian kedua pihak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Persidangan yang berlangsung di Puerto Vallarta, Mexico itu dihadiri oleh ahli-ahli Parlimen dari 22 negara antaranya Kanada, Australia, New Zealand, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Mexico, Equador serta negara-negara Asia Pasifik lain.

Tambah Irmohizam, nilai dan konsep kesederhanaan yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyelesaikan konflik yang melanda Palestin-Israel juga dipuji oleh negara-negara anggota yang hadir itu.

Wednesday 15 January 2014

Sambutan Malidur Rasul Perwani Parlimen Kuala Selangor


Kuala Selangor, 14 Jan – PERWANI Parlimen Kuala Selangor mengadakan perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Dewan Dato’ Seri (Dr) Haji Abu Hassan Omar, Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Puteri UMNO Bahagian Kuala Selangor dan Persatuan belia juga menghantar wakil untuk menyertai perarakan tersebut.

Turut hadir dalam program tersebut ialah YB Tuan Jakiran Jacomah, ADUN Bukit Melawati, Kepimpinan UMNO Bahagian, Kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian.

Penceramah jemputan ialah Ustaz Rusdi Long dari IKDDAS.

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan.


















































PARLIMEN KUALA SELANGOR

BUKIT MELAWATI

IJOK

JERAM