Showing posts with label BUKIT MELAWATI. Show all posts
Showing posts with label BUKIT MELAWATI. Show all posts

Thursday, 30 January 2014

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina dari Ahli Parlimen Kuala Selangor dan ADUN Bukit Melawati


Dato Irmohizam Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan YB Jakiran Jacomah, ADUN Bukit Melawati mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua Kaum Cina di Kuala Selangor. 

Gong Xi Fa Cai...

ADUN Melawati Sampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan


Bukit Rotan, 30 Jan - YB Jakiran Jacomah, Adun Bukit Melawati hari ini menyampaikan Sumbangan Khas Awal Persekolahan (RM100) daripada Kerajaan Persekutuan kepada penjaga di SJKT Ladang Selangor River

Terima kasih kepada Guru Besar dan warga sekolah atas kejayaan program ini. Semoga bantuan tersebut bermanfaatkepada penerima



.

ADUN Melawati Anjur Ceramah Maulidur Rasul



Kampung Sepakat, 30 Jan - JKKKP Kg. Sepakat bersama Pejabat ADUN Bukit Melawati menganjurkan ceramah Maulidur Rasul pada malam ini. Turut hadir adalah YB Jakiran Jacomah dan Pengerusi-Pengerusi JKKKP seluruh kawasan Dun Bukit Melawati.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Rosdi Long.




Thursday, 2 January 2014

Program Amali Penyembelihan Ayam Berjaya

Ahli Pemuda UMNO Pasir Tuntong bergambar kenangan sebelum majlis bermula.
Sambutan tahun baharu 2014 diberi kelainan oleh Pemuda UMNO Cawangan Pasir Tuntong dengan kerjasama Persatuan Belia Pasir Tuntong dengan mengadakan program Amali Penyembelihan Ayam untuk belia dan beliawanis.

Sebanyak 30 ekor ayam diperuntukkan dalam program ini dan penerangan ringkas berkenaan hukum-hakam serta cara menyembelih dengan betul telah disampaikan oleh Cikgu Yahya Ibrahim, Ketua Penerangan UMNO Cawangan Pasir Tuntong.

Sebelum ini program santai belia sering dilaksanakan oleh kepimpinan cawangan dan JKKKP tetapi hanya tertumpu kepada program BBQ sahaja di sebelah malam. Bagi menjadi nilai tambah dalam pendidikan belia, program kursus penyembelihan diadakan disamping dapat mengeratkan silatrurrahim di antara para belia.

YB Jakiran juga turut hadir dalam program tersebut.

Program yang diberi jolokan "Program Sembelih Dan Potong Habis" itu disertai oleh lebih 20 orang belia yang dikehendaki memproses ayam-ayam tersebut daripada menyembelih, mencabut bulu, sehinggalah membakar secara Barbeku pada sebelah malamnya.

PENERANGAN ISU-ISU SEMASA

Program bicara santai disampaikan oleh Cikgu Yahya berkenaan isu-isu semasa khususnya berkenaan isu kenaikan kos sara hidup yang diulas dengan baik sekali oleh beliau.


Tetamu yang hadir dalam program pada malam itu adalah YB Jakiran Jacomah (Adun Bukit Melawati), En. Marwan Ahmad (Pengerusi Majlis Belia Daerah) dan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Monday, 23 December 2013

100 Terima Bantuan Perayaan Krismas 2013

Tuan Haji Sani menyampaikan sumbangan mewakil YB Jakiran Jacomah

KG. ASSAM JAWA, 22 Disember - Adun Bukit Melawati, YB Tuan Jakiran Jacomah memberikan sumbangan kepada masyarakat Kristian yang bakal merayakan sambutan Hari Krismas 2013.

Program yang berlangsung di perkarangan Gereja Katolik Kg. Assam Jawa itu dihadiri oleh 100 orang penerima dan bantuan tersebut disampaikan oleh Tuan Haji Sani Bin Disan (Pengerusi JKKKP Kg. Api-Api), Tuan Haji Misrat Bin Kasdi (Pengerusi JKKKP Kg. Assam Jawa) dan Cikgu Bu Naif bin Yusof (Pengerusi JKKKP Kg. Pasir Tuntong) yang mewakili YB Jakiran.

Dalam ucapan daripada wakil parti PPP, Encik Joseph dalam majlis tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Adun Bukit Melawati dan kerajaan Barisan Nasional yang tidak jemu-jemu memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan khususnya kepada masyarakat Kristian yang bakal menyambut Hari Krismas.

Encik Joseph mewakili PPP menyampaikan ucapan.

Joseph juga menyampaikan ucapan berbesar hati daripada pihak gereja kepada Barisan Nasional yang terus menjaga penganut agama lain tidak kira parti atau fahaman politik.

Program sumbangan seumpama ini adalah program tahunan yang dilaksanakan oleh YB Tuan Jakiran semenjak menjadi Penyelaras BN Kawasan DUN Bukit Melawati sebelum dipilih rakyat sebagai ADUN pada PRU-13 yang lalu.


Sumbangan ini mengambil kira tanggungjawab wakil rakyat yang menjaga keseluruhan rakyat dari pelbagai golongan dan agama. Dan inilah yang Barisan Nasional laksanakan.

Sunday, 22 December 2013

Mangsa Rumah Ditimpa Pokok Terima Bantuan


KG. PASIR TUNTONG, 18 Disember - Seorang penduduk, Idris Bin Malano menerima kunjungan Pengerusi JKKKP Kg, Pasir Tuntong, Cikgu Bu Naif Bin Yusof selepas rumah beliau ditimpa sebatang pokok kelapa.

Kejadian yang berlaku pada pagi 17 Disember 2013 itu mengejutkan mangsa yang kebetulan sedang berehat di dalam rumah. Kerosakan akibat kejadian itu melibatkan kerosakan di atap rumah dan mesin basuh mangsa.

Selepas mendapat tahu tentang masalah ini, AJK UMNO Cawangan Pasir Tuntong dan penduduk kampung, membantu mangsa membersihkan kawasan rumah yang terjejas dengan memotong pokok kelapa dan mengalihkan atap zink yang telah rosak.


Cikgu Bu Naif menyampaikan sumbangan kecemasan mewakil Adun Bukit Melawati, YB Tuan Jakiran Jacomah untuk membantu mangsa bagi mengurangkan bebanan membaik pulih kerosakan yang dihadapi.

Saudara Ahmarudnizam dan Cikgu Yahya banyak membantu membersihkan kawasan.

Terima kasih kepada penduduk yang membantu mangsa dalam masalah ini. UMNO dan JKKKP sentiasa mendengar masalah rakyat dan menyelesaikannya dengan sebaik dan seboleh mungkin.

In Shaa Allah.

Saturday, 21 December 2013

Nasib Belia Dibela : Gelanggang Futsal Cadang Dibaik Pulih


KUALA SELANGOR - Kegagalan pihak berkenaan membaik pulih kemudahan gelanggang futsal yang disediakan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini mendapat perhatian Adun Bukit Melawati, Jakiran Jacomah.

 Menurutnya, pihaknya menerima banyak aduan belia berhubung kerosakan gelanggang futsal di dalam DUN Bukit Melawati kerana keadaan itu menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat untuk beriadah sehingga terpaksa menyewa gelanggang.

 "Saya juga kesal kerana sebelum ini kerajaan negeri di BN ada membina gelanggang futsal di setiap kampung dan taman perumahan yang ada di Kuala Selangor namun kemudahan gelanggang itu gagal diselenggara dengan baik.

 "Banyak alasan diberikan ketika membangkitkan masalah ini kepada pihak berkenaan termasuklah mereka mengalami kekangan kewangan berikutan peruntukan kecil untuk membaiki kemudahan yang banyak", katanya.

 Katanya, tidak mahu kemudahan terus usang, pihaknya akan bekerjasama dengan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dato' Irmohizam Ibrahim bagi menyediakan peruntukan khas daripada kerajaan pusat.

 "Peruntukan khas itu diharap dapat bina semula sebahagian gelanggang futsal yang rosak", katanya ketika hadir merasmikan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah anjuran Majlis Belia Daerah Kuala Selangor di Padang Bola Taman Sirambai, Kuala Selangor.

 (SINAR HARIAN - 11 DISEMBER 2013)

LIKE PAGE YB TUAN JAKIRAN JACOMAH (https://www.facebook.com/JakiranBinJacomah)

Pelajar Cemerlang UPSR Dirai ADUN Bukit Melawati

KUALA SELANGOR - Kejayaan anak penduduk di Dun Bukit Melawati yang memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR dan PSRA turut dihargai ADUN Bukit Melawati, Jakiran Jacomah.

Menurutnya, Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR dan PSRA 2013 Dun Bukit Melawati yang diadakan secara tahunan itu sebagai penghargaan buat anak penduduk yang cemerlang.

'Seramai 40 penerima keputusan cemerlang UPSR dan 21 penerima keputusan cemerlang PSRA diraikan yang diadakan buat kali keempat selepas saya dilantik menjadi penyelaras sebelum dipilih Adun Bukit Melawati".

"Majlis ini meraikan anak penduduk yang cemerlang tak kira fahaman politik dan jika tiada halangan, program ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan", katanya pada majis itu di Dewan Dato' Seri Abu Hassan, Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor.

(SINAR HARIAN, 17 DISEMBER 2013)


LIKE PAGE ADUN BUKIT MELAWATI, YB TUAN JAKIRAN JACOMAH (https://www.facebook.com/JakiranBinJacomah)

PARLIMEN KUALA SELANGOR

BUKIT MELAWATI

IJOK

JERAM