Kuala Selangor - Tidak dapat dinafikan lagi kekuatan Barisan Nasional (BN) terus meningkat dengan sokongan yang semakin padu diberikan dari pelbagai golongan kaum.
KUALA SELANGOR - Semalam bertempat di Taman Rajawali, Bukit Rotan berlangsung acara Malam Mesra Belia India Kuala Selangor yang dihadiri lebih 1000 belia kaum India.
Satu angka yang menakjubkan dan ini menunjukkan sokongan kaum India dari golongan belia telah kembali kepada Parti Barisan Nasional (BN) dan ianya bukanlah satu petanda baik bagi Parti Pakatan Rakyat.
Mereka yang telah ditipu selama lebih 4 tahun telah merasa sendiri kesusahan dan pahit getir hidup di bawah pemerintahan kuku besi yang hanya mementingkan kroni tanpa memikirkan nasib rakyat.
Sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor tidak ada sebarang perubahan yang berlaku melainkan kerosakan besar yang mereka buat dengan menjual harta benda negeri, merampas tanah, meroboh gerai, membiarkan rakyat terus miskin dan membiarkan Selangor menjadi negeri sampah terulung di negara ini.
Sepanjang pemerintahan itu juga apa yang masyarakat India dapat? Kampung Sri Aman hingga hari ini kekal bergolak tanpa pembelaan. Tanah mereka diberikan kepada mereka yang tidak layak malah dikatakan ada juga orang luar yang mendapat hak tanah tersebut. Jika begitu, apa nasib masyarakat India disana?.. siapa yang mahu membela mereka?.. dan dimanakah janji Pakatan Rakyat kepada mereka?...
Hingga hari ini, yang kekal membela masyarakat India adalah Kerajaan Barisan Nasional (BN). Pelbagai bantuan telah diberikan tanpa mengira fahaman politik dan mereka tidak pernah mengungkit malah membangkit apa yang telah mereka berikan tetapi sebagai rakyat yang mengenang jasa undilah Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk kesenangan di masa hadapan.
Jangan biarkan diri kita ditipu lagi!! buktikan pada Parti Pakatan Rakyat Haram Masyarakat India Tidak Bodoh dan tidak Mudah Di Tipu!!!
Bela Bangsa Anda... Undi BN!!! Undi BN!! Undi BN!!
Sumber: PDTM
0 comments:
Post a Comment