IJOK - Sebuah rumah di Jalan Bakti, Kampong Harmoni, di sini musnah dalam kebakaran tengahari ini.
Pasukan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada lebih kurang jam 1.00 petang berjaya mengawal kebakaran namun api yang terlalu cepat telah memusnahkan lebih 95% daripada rumah tersebut.
Rumah tersebut didiami oleg 6 orang ketika kejadian Suratno bin Sardji (59), Razitah binti Samian (48), Mohd Fahmi bin Suratno (24), Ibrahim bin Suratno (22), Mohd Nazrin bin Suratno (20), Azliana binti Suratno (17) dan seorang lagi anaknya yang berada di perak Mohd Shahril bin Suratno terselamat dalam kejadian berkenaan.
Sejurus menerima panggilan Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Tuan Hj. Ishak Haron dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor, Sdr Muhammad Fauzay Hassim serta barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kuala Selangor telah bergegas ke lokasi kejadian untuk melawat mangsa.
Di lokasi kejadian juga kelihatan Agensi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut hadir untuk memberikan bantuan awal.
0 comments:
Post a Comment