Saturday, 28 December 2013

Pemuda UMNO dan Gabungan NGO Buat Laporan Polis Bantah Perhimpunan Gulingkan Kerajaan


KUALA SELANGOR, 27 Dis - Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor hari ini membuat laporan polis sebagai tanda bantahan dan menuntut supaya tindakan yang amat tegas diambil oleh pihak Polis terhadap penganjur, peserta dan penghebah Himpunan Gulingkan Kerajaan yang bakal berlangsung pada 31 Disember ini.


Muhd Fauzay Hassim selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor amat berharap rakyat-rakyat di luar sana agar tidak terpedaya dengan agenda pembangkang yang mahu menumbangkan negara dengan cara keganasan.

"Kita cintakan keamanan dan kita harap apa saja tindakan yang mereka buat, kita mintak pihak berkuasa terus mengambil tindakan yang sekeras-kerasnya supaya mereka ini sentiasa beringat", katanya.

Turut serta membuat laporan polis adalah beberapa NGO diantaranya Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM), Gerakan Siber 1Malaysia (GS1M), Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPs) dan Majlis Belia Daerah KUala Selangor (MBDKS).

Lebih 20 orang wakil dari Pemuda UMNO dan NGO-NGO yang terlibat berkumpul di Ibu Pejabat Daerah Polis Kuala Selangor (IPD KS) dan semuanya berjalan lancar.

0 comments:

Post a Comment

PARLIMEN KUALA SELANGOR

BUKIT MELAWATI

IJOK

JERAM