Tuesday 24 December 2013

Sekilas Perjalanan Konvoi Misi Bantuan Banjir ke Kemaman Terengganu #PemudaUmnoKualaSelangor

Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan 
Pada malam 21hb Disember 2013, Jam 12.30 malam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor memulakan Misi Bantuan Banjir yang disertai oleh 17 orang perserta dengan 4 buah kenderaan 4x4 dan sebuat lori yang memuatkan barang bantuan.

Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar dan konvoi berhenti beberapa kali untuk berehat di beberapa hentian. Ketika di R&R Hentian Gambang, konvoi terjumpa dengan beberapa lagi pasukan yang turut menghantar bantuan banjir ke Kuantan, Pahang. 

Lori bantuan dari Persatuan Anak-Anak Kampung Pandamaran Jaya (PERAKAM) menuju ke Kuantan
Pasukan daripada MISI OSEM, GEMA Pulau Pinang juga menuju ke Kuantan

Lebih kurang jam 9.00 pagi konvoi tiba di Chendor untuk berhenti rehat dan sarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Kemaman.

Sarapan pagi di Kedai Makan RC2, Chendor
Selepas habis sarapan konvoi meneruskan perjalanan dan tiba di Masjid Geliga, Kemaman dan berhenti di sit agak lama untuk menunggu Team REDAH 4X4 yang menyatakan hasrat untuk turut serta mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Kemanan.


Taklimat pembahagian dan penghantaran bantuan barsama Team REDAH 4X4
Pemuda UMNO Bahagian Kemaman menyambut ketibaan konvoi di daerah mereka dan terus dibawa ke Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman untuk makan tengahari.

Perbincangan untuk penghantaran bantuan dengan bantuan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman
Wakil dari Pemuda Kemaman mencerikan serba sedikit tentang keadaan banjir di sana yang merupakan antara yang terburuk pernah berlaku sehinggakan Kompleks Rakan Muda yang selama ini dijadikan tempat pemindahan mangsa banjir turut dinaiki air lebih daripada 1 meter. Banyak peralatan dan kelengkapan yang rosak.

Peralatan pejabat dibuang yang tidak boleh digunakan lagi
Peralatan Gym yang dibersihkan dan dibaiki semula


Selesai makan konvoi meneruskan perjalanan ke lokasi yang telah ditetapkan dan di sepanjang perjalanan konvoi sempat merakamkan beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama memperlihatkan betapa teruknya banjir yang melanda dan bagai mana keadaan mereka selepas banjir surut.

Konvoi memulakan perjalanan ke lokasi bantuan
Terlalu banyak kerosakan yang berlaku hingga boleh dikatakan tidak banyak yang tinggal boleh digunakan. Kerja-kerja pembersihan dilakukan setiap hari dan dibantu dari pelbagai agensi, NGO dan badan-badan yang tebabit namun kenyataan sebenar yang mereka hadapi ialah mereka sudah tiada apa lagi dan terpaksa memulakan kehidupanyang baru dalam keadaan yang serba kekurangan selepas banjir melanda.









Oori bantuan tiba di Balairaya Kampung Jaya

Konvoi tida di Balai Raya, Kampung Jasa, Chukai, Kemaman dan terus menurunkan barang batuan hasil daripada sumbangan yang dikumpulkan oleh Pemuda Umno Kuala Selangor dan diserahkan kepada En. Ahmad Nawawi selaku Pengerusi JKKP merangkap Ketua UMNO Cawangan Kampung Jaya. 





En. Ahmad Nawawi mewakili penduduk Kampung Jaya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor kerana sudi menyumbangkan bantuan dan sanggup bersusah payah datang dari jauh untuk membantu penduduk kampungnya.

Beliau berharap selepas ini akan ada lagi bantuan seperti yang disumbangkan Pemuda UMNO Kuala Selangor dan beliau sudi menerima apa sahaja bentuk bantuan untuk meringankan beban penduduk kampungnya.

0 comments:

Post a Comment

PARLIMEN KUALA SELANGOR

BUKIT MELAWATI

IJOK

JERAM