Thursday 2 January 2014

Program Amali Penyembelihan Ayam Berjaya

Ahli Pemuda UMNO Pasir Tuntong bergambar kenangan sebelum majlis bermula.
Sambutan tahun baharu 2014 diberi kelainan oleh Pemuda UMNO Cawangan Pasir Tuntong dengan kerjasama Persatuan Belia Pasir Tuntong dengan mengadakan program Amali Penyembelihan Ayam untuk belia dan beliawanis.

Sebanyak 30 ekor ayam diperuntukkan dalam program ini dan penerangan ringkas berkenaan hukum-hakam serta cara menyembelih dengan betul telah disampaikan oleh Cikgu Yahya Ibrahim, Ketua Penerangan UMNO Cawangan Pasir Tuntong.

Sebelum ini program santai belia sering dilaksanakan oleh kepimpinan cawangan dan JKKKP tetapi hanya tertumpu kepada program BBQ sahaja di sebelah malam. Bagi menjadi nilai tambah dalam pendidikan belia, program kursus penyembelihan diadakan disamping dapat mengeratkan silatrurrahim di antara para belia.

YB Jakiran juga turut hadir dalam program tersebut.

Program yang diberi jolokan "Program Sembelih Dan Potong Habis" itu disertai oleh lebih 20 orang belia yang dikehendaki memproses ayam-ayam tersebut daripada menyembelih, mencabut bulu, sehinggalah membakar secara Barbeku pada sebelah malamnya.

PENERANGAN ISU-ISU SEMASA

Program bicara santai disampaikan oleh Cikgu Yahya berkenaan isu-isu semasa khususnya berkenaan isu kenaikan kos sara hidup yang diulas dengan baik sekali oleh beliau.


Tetamu yang hadir dalam program pada malam itu adalah YB Jakiran Jacomah (Adun Bukit Melawati), En. Marwan Ahmad (Pengerusi Majlis Belia Daerah) dan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor.

0 comments:

Post a Comment

PARLIMEN KUALA SELANGOR

BUKIT MELAWATI

IJOK

JERAM