Saturday 21 December 2013

Nasib Belia Dibela : Gelanggang Futsal Cadang Dibaik Pulih


KUALA SELANGOR - Kegagalan pihak berkenaan membaik pulih kemudahan gelanggang futsal yang disediakan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini mendapat perhatian Adun Bukit Melawati, Jakiran Jacomah.

 Menurutnya, pihaknya menerima banyak aduan belia berhubung kerosakan gelanggang futsal di dalam DUN Bukit Melawati kerana keadaan itu menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat untuk beriadah sehingga terpaksa menyewa gelanggang.

 "Saya juga kesal kerana sebelum ini kerajaan negeri di BN ada membina gelanggang futsal di setiap kampung dan taman perumahan yang ada di Kuala Selangor namun kemudahan gelanggang itu gagal diselenggara dengan baik.

 "Banyak alasan diberikan ketika membangkitkan masalah ini kepada pihak berkenaan termasuklah mereka mengalami kekangan kewangan berikutan peruntukan kecil untuk membaiki kemudahan yang banyak", katanya.

 Katanya, tidak mahu kemudahan terus usang, pihaknya akan bekerjasama dengan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dato' Irmohizam Ibrahim bagi menyediakan peruntukan khas daripada kerajaan pusat.

 "Peruntukan khas itu diharap dapat bina semula sebahagian gelanggang futsal yang rosak", katanya ketika hadir merasmikan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah anjuran Majlis Belia Daerah Kuala Selangor di Padang Bola Taman Sirambai, Kuala Selangor.

 (SINAR HARIAN - 11 DISEMBER 2013)

LIKE PAGE YB TUAN JAKIRAN JACOMAH (https://www.facebook.com/JakiranBinJacomah)

0 comments:

Post a Comment

PARLIMEN KUALA SELANGOR

BUKIT MELAWATI

IJOK

JERAM