Sunday 22 December 2013

Mangsa Rumah Ditimpa Pokok Terima Bantuan


KG. PASIR TUNTONG, 18 Disember - Seorang penduduk, Idris Bin Malano menerima kunjungan Pengerusi JKKKP Kg, Pasir Tuntong, Cikgu Bu Naif Bin Yusof selepas rumah beliau ditimpa sebatang pokok kelapa.

Kejadian yang berlaku pada pagi 17 Disember 2013 itu mengejutkan mangsa yang kebetulan sedang berehat di dalam rumah. Kerosakan akibat kejadian itu melibatkan kerosakan di atap rumah dan mesin basuh mangsa.

Selepas mendapat tahu tentang masalah ini, AJK UMNO Cawangan Pasir Tuntong dan penduduk kampung, membantu mangsa membersihkan kawasan rumah yang terjejas dengan memotong pokok kelapa dan mengalihkan atap zink yang telah rosak.


Cikgu Bu Naif menyampaikan sumbangan kecemasan mewakil Adun Bukit Melawati, YB Tuan Jakiran Jacomah untuk membantu mangsa bagi mengurangkan bebanan membaik pulih kerosakan yang dihadapi.

Saudara Ahmarudnizam dan Cikgu Yahya banyak membantu membersihkan kawasan.

Terima kasih kepada penduduk yang membantu mangsa dalam masalah ini. UMNO dan JKKKP sentiasa mendengar masalah rakyat dan menyelesaikannya dengan sebaik dan seboleh mungkin.

In Shaa Allah.

0 comments:

Post a Comment

PARLIMEN KUALA SELANGOR

BUKIT MELAWATI

IJOK

JERAM