Tuan Haji Sani menyampaikan sumbangan mewakil YB Jakiran Jacomah |
KG. ASSAM JAWA, 22 Disember - Adun Bukit Melawati, YB Tuan Jakiran Jacomah memberikan sumbangan kepada masyarakat Kristian yang bakal merayakan sambutan Hari Krismas 2013.
Program yang berlangsung di perkarangan Gereja Katolik Kg. Assam Jawa itu dihadiri oleh 100 orang penerima dan bantuan tersebut disampaikan oleh Tuan Haji Sani Bin Disan (Pengerusi JKKKP Kg. Api-Api), Tuan Haji Misrat Bin Kasdi (Pengerusi JKKKP Kg. Assam Jawa) dan Cikgu Bu Naif bin Yusof (Pengerusi JKKKP Kg. Pasir Tuntong) yang mewakili YB Jakiran.
Dalam ucapan daripada wakil parti PPP, Encik Joseph dalam majlis tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Adun Bukit Melawati dan kerajaan Barisan Nasional yang tidak jemu-jemu memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan khususnya kepada masyarakat Kristian yang bakal menyambut Hari Krismas.
Encik Joseph mewakili PPP menyampaikan ucapan. |
Joseph juga menyampaikan ucapan berbesar hati daripada pihak gereja kepada Barisan Nasional yang terus menjaga penganut agama lain tidak kira parti atau fahaman politik.
Program sumbangan seumpama ini adalah program tahunan yang dilaksanakan oleh YB Tuan Jakiran semenjak menjadi Penyelaras BN Kawasan DUN Bukit Melawati sebelum dipilih rakyat sebagai ADUN pada PRU-13 yang lalu.
Sumbangan ini mengambil kira tanggungjawab wakil rakyat yang menjaga keseluruhan rakyat dari pelbagai golongan dan agama. Dan inilah yang Barisan Nasional laksanakan.
0 comments:
Post a Comment